My Bio...






Nama: Mohd Amin
Tempat Lahir:
Kuantan, Pahang
Tinggi:
178 cm
Berat:
75 kg
Hobi:
Membaca, melayari internet, Photo Editing, mendengar lagu, berfikir, menunggang motosikal & seni mempertahankan diri.

Di lahirkan di negeri yang aman makmur iaitu Pahang dan membesar hanya selama 18 tahun di Kuantan. Meneruskan pengembaraan hidup dan mencari ilmu pengetahuan di negeri Kelantan Darul Naim selama 3 tahun dengan menjejakkan kaki di menara gading iaitu Universiti Teknologi MARA. Setelah menamatkan pertapaan tersebut, menyambung pula pengembaraan dan menambahkan ilmu di dada ke negeri Selangor iaitu di Shah Alam selama 2 tahun dalam bidang Pengurusan Maklumat. Setelah menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada 12 November 2006, memulakan langkah baru dalam hidup dengan menyertai Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebagai Sukarelawan Perpusatakaan. Genap 7 bulan mencari pengalaman kerja, berpindah pula ke sebuah sekolah swasta iaitu Integrated Islamic School, Kota Damansara dengan menjadi tenaga pengajar bagi subjek komputer dan juga sebagai pustakawan. Hanya dapat bertahan selama sebulan di sekolah tersebut kerana berjaya mendapat peluang kerja sebagai Pegawai Eksekutif Operasi di sebuah syarikat bumiputera iaitu Deras Hijau Sdn Bhd. dan menguruskan operasi penghantaran makanan segera bagi restoran McDonald’s atau dalam bahasa orang putihnya, McDelivery. Dan pada waktu ini terpaksa bersikap optimistik dalam menjalankan tugas harian bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup. Wassalam…


D'AMieN Copyright © 2008




|

2 comments:

Raptor 7 said...

amien....

Anonymous said...

Great work.