Sekadar coretan....


Wah, begitu cepat masa berlalu. Dah hampir 3 minggu kita berpuasa rupanya. Dalam kesibukan sehari-hari waktu bergerak begitu pantas. Tak rasa pun kepenatan berpuasa dek kerana leka dengan kerja dan urusan seharian.
Aku sekarang dalam keadaan yang amat-amat sibuk. Perancangan masa depan yang makin hampir ke kemuncak dah menjadikan aku pening-pening lalat memikirkan plan dan rancangan tersebut. Tak masuk lagi bab-bab mencari kerja yang lebih baik dan urusan lain yang perlu dilakukan.
Semalam, 17/9/2008 aku menghadiri ujian bertulis di MATRADE dengan harapan akan dipanggil bagi temuduga seterusnya bagi jawatan pustakawan. Em, dalam sibuk-sibuk begini sempat ku mencuri masa bagi mancari kerja yang lebih selamat dan terjamin demi masa depan. Sempat juga bertemu sahabat lama di UiTM Machang yang dah lama tak ku temui. So, kepada Syuheir, mudah-mudahan ko bahagia hendaknya. Gembira betul dapat jumpa ko semula.
Pada 20/9/2008 ini pula Insyaallah aku dan rakan-rakan akan mengadakan sedikit majlis Reunion serta berbuka puasa. Diharapkan majlis ini akan menjadi dan dapat menghubungkan kembali silaturrahim antara rakan-rakan yang mungkin dah lama tak ditemui. Untuk pengetahuan semua, reunion ini dibuat untuk rakan-rakan alumni UiTM especially UiTM Machang dan UiTM Puncak Perdana. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi aku untuk pengesahan kehadiran.
Aktiviti: Reunion Majlis berbuka puasa geng-geng aku
Tarikh: 20hb September 2008 (Sabtu)
Masa: 6 Petang
Tempat: Midvalley, KL
Countdown. Pada hari ini hanya tinggal 29 hari sahaja sebelum berlangsung majlis besar buat diriku. Persiapan dah hampir siap, cuma tinggal beberapa perkara yang harus diselesaikan. Aku tidak mengharapkan majlis yang besar, cuma yang penting harapan aku agar semua rakan-rakan yang dijemput dapat hadir kerana hanya aku sungguh menghargai erti persahabatan. Walaupun mungkin sukar, tapi begitulah harapanku. Mudah-mudahan ianya akan berjalan dengan lancar. Insyaallah…




|

Read Users' Comments ( 1 )

Search - Fenomena


Kau
Genggam perasaanku
Bila kau hampir kepadaku
Kemarau di dalam dada
Basah bagaikan di sirami

Bayangmu
Sekilas datang
Menggangguku dalam lena

Sulitnya memikirkan
Perasaan ini
Datang kau bawa
Fenomena, di jiwa
Fenomena, kau cipta
Fenomena, indah amat mengasyikkan

Kau
Genggam perasaanku
Bila kau hampir kepadaku
Kemarau di dalam dada
Basah bagaikan di sirami

Bayangmu
Sekilas datang
Menggangguku dalam lena


|

Read Users' Comments ( 1 )